BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, May 26, 2009

Seribu Makna


di puncak gunung ini
udara sejuknya
menyentuh tubuh penuh kedinginan
angin semilir pun menyapa rindu
yang terkepung didada
kita merentas kabus putih
berselerakkan malu-malu
selepas gerimis petang
ada keharuman membasah dihati
membawa semula jejak kita ke sini
dilereng gunung ini
tika remang senja bertukar warna
kita masih berbicara mesra
mengutip ingatan manis yang bukan sedikit
menghitung setia yang mekar
dijambangan waktu
penjuru matamu kurenung
dengan mata hati
ada kerdipan cinta yang kian mengetarkan
tidak terungkap zahir kata
jua tafsiran jiwa
tahukah dikaudirimu..
makin kucinta



0 Comments:

Post a Comment